Monday, December 10, 2012

Kau Yang Terindah, Thank You Allah ^_^

Lama x update mylittered ni… memang dah terasa sangat bz sejak akhir2 ni. Apepon Alhamdulillah, majlis perkahwinan aku dgn suami telah selamat di langsungkan pada 19hb 10 2012 (akad nikah) dan 20hb 10 2012 majlis persandingan. Thank you Allah for everything, majlis berjalan dgn lancar dengan sekali akad saja, aku sah menjadi isteri.. cuaca yg cerah melancarkan perjalanan majlis.

Majlis Akad Nikah 19/10/2012
 
Majlis Persandingan 20/10/2012
 

Sesi Majlis Fotografi Outdoor 20/10/2012 - Masjid Kristal

2hari selepas majlis akad nikah kami terus ke Krabi utk Honeymoon… ini la pengalaman pertama aku keluar dri Malaysia. Aku x pernah keluar dri Malaysia. And the most best part is kami ke Krabi ikut jalan darat. Naik bas, van dan sebagainya utk smpai ke Krabi. Perjalanan adalah lebih kurang 6jam.. pergh penat… pantai cantik.. Cuma silapnya, aku x suka mandi pantai.. tp xpe la, pengalaman Honeymoon ni adalah antara detik termanis dlam hidup aku. Even duit x berapa nak ada, tp Alhamdulillah, kami berjaya survive.. ye la, duit suma dh abes utk persiapan kahwin..


Tapi aku akui, sepanjang detik sebelom perkahwinan kami, ada sahaja dugaan yg aku alami, konflik diri dan macam2. Sekarang Alhamdulillah tidak terkata aku mampu ucapkan.. kami bru dapat hidup bersama. Aku baru sahaja seminggu hidup bersama2 suami aku. Kmai sebelum ni duduk berasingan sebab tiada rumah sewa, nak beli rumah still tak mampu and lastly kami dapat juga jumpa rumah utk di sewa. Pon begitu aku still terasa penat. Rumah byk lagi brg2 yg tak abis dikemas, berselerak.. barang2 dekat rumah lama aku pon still ade lagi x sempat nak pegi ambik.  Kehidupan kami baru sahaj bermula.. Semoga Allah murahkan rezeki kami pasangan baru berkahwin, di kurniakan anak2 yg soleh dan solehah, dipermudahkan segala urusan.

THANK YOU ALLAH for all the things happen. Im glad to be with him ^_^

No comments:

Post a Comment