Monday, March 5, 2012

Ada Hikmahnya


Hahaha…~~~ aku pernah ingat satu kisah di zaman Nabi dulu. Telah hidup sepasang suami isteri yg hidup aman damai, saling sayang menyanyangi  serta sgt bahagia.. Namun pada suatu hari, telah ditakdirkan oleh Allah si isteri telah diambil nyawanya kerana sakit tenat. Maka si suami sgt lah sedih dan berduka cita. Dengan hati yg sedih dan lara, maka si suami berkenaan berjumpa dgn Nabi, merayu kepada Nabi supaya memohon Nabi berdoa kepa Allah SWT supaya di kembali kan nyawa isterinya. Setelah didesak berkali2 maka Nabi pon berdoa kepada Allah supaya Allah kembalikan nyawa si isteri. Maka dengan izin Allah, si isteri di hidupkan kembali. Gembira lah hati si suami dan berharap mereka akan hidup dengan bahagia selamanya.

Namun tidak lama selepas itu, sisuami datang bertemu Nabi lagi dgn muka yg sedih. Diceritakan kepada Nabi bahawa isterinya telah jatuh cinta dgn seorang pahlawan lalu pergi meninggalkannya bersama2 pahlawan itu. Maka si suami bersuara, “alangkah bahagia hati ini jika isteriku meninggalkanku dlm keadaan dia mencintaiku”


So kesimpulan dri cerita ini, tak semestinya sesuatu yg dianggap buruk berlaku kepada kita adalah buruk. Setiap apa yg berlaku ada hikmahnya.. kesimpulannya setiap yg berlaku ada rahsianya tersendiri. Allah lebih tau apa yg terbaik utk diri kita. So kalu dah putus cinta, tak perlu lah nak meratap bersedih bedendam sgt kerana semestinya ada hikmah di sebaliknya. Kini hanya tinggal kenangan.. huhu

No comments:

Post a Comment